Hati dan Perasaan

Hati manusia memang sukar untuk diselami atau ditafsirkan dengan mudah. Ye, memang betul. Walau kita telah bertahun-tahun berkawan atau dah berkahwin dengan seseorang itu, sebenarnya kita masih tidak mengenali siapakah dia sebenarnya. Tentunya masih ada lagi identiti tersembunyi yang dia tidak tonjolkan pada kita. Sudah suatu yang semulajadi bahawa hati manusia kerap berubah-ubah sepertimana sekelilingnya. Adakala hati dan perasaan kita akan berubah mengikut emosi dan perkaitan perkara yang berlaku terhadap kita, betul tak??

Macam orang lain jugak, bab hati dan perasaan adalah suatu perkara yang sensitif. Adakalanya hati dan perasaan ni adalah penyebab kepada perilaku atau perangai kita yang berubah. Dari seorang yang mudah tersenyum akan berubah menjadi insan yang hambar senyumannya dan begitu juga sekiranya orang tu jenis yang peramah akan berubah menjadi pendiam.

Menyentuh tentang topik yang Cik Ilmuna tampilkan kali ini, ia adalah suatu topik yang penuh misteri. Kenapa Cik Ilmuna boleh katakan ianya 'Misteri'??? sebabnya adalah ia sukar untuk diketahui dengan begitu sahaja tanpa pemerhatian dan sensitiviti perasaan kita sendiri.  Hmmm macam orang tua-tua kata 'tak kenal maka tak cinta'. Betul tak! tak betul ke betul ke terpulang lah.

Macam mana bila hati sedih?

Lamanya x update blog ni. Sedih..kan sorry Mr.blog sebab Cik Ilmuna buat kau sedih dengan catatan kosong berhari-hari. Hari ni dan dikesempatan ini Cik Ilmuna nak beritahu akan kesedihan yang Cik Ilmuna lalui...
Huh (macam betull je) . Tak apa..dengar jerr dulu. Ntah  lah mungkin disebabkan paras hormon didalam badan meningkat jadi apa-apa saja yang menyentuh hati dan perasaan Cik Ilmuna, betul betul membuatkan hati ni jadi sebak tak tentu pasal dan mata ni dengan cepat dipenuhi oleh air mata mutiara bercampur berlian. Pernah lah Cik Ilmuna tonton satu cerita (cerita Hindustan jerr pun) nak kata sedih, x la sedih sangat tapi menangisnya macam budak-budak. waaaaaaaa....sampai anak- anak pun naik hairan. Apasal pulak mami aku ni de.

Kalau ada orang tinggi kan suara atau marah sikit pun memang hati ni cepat betul tersentuh nak menangisss jerrr kerja dia. Ish ish ish ish nyampah betul. Sentimental betul (ko sakit mental)... hahahaaha. Tapi perasaan yang aku alami ni memang suatu kebiasaan yang akan dialami oleh wanita-wanita yang sedang hamil. Perasaan yang tidak keruan yang pastinya cuma sektika sahaja. Cukup tempoh 9 bulan ni.. ok leee dia.  Mudah-mudahan...

Kekadang pasal tugasan yang tak siap-siap lagi ni pun buatkan jiwa sentimental Cik Ilmuna semakin parah. Sebak jeeer rasa. Apa kebendanye perasaan ni ntah. Tapi buat kengkawan, family dan kucing-kucing dirumah serta cicak kat atas syiling yang suka mengintai dengan bunyia terk.terk.terk terk tu harapnya bersabar dengan perubahan emosi dan fizikal yang Cil Ilmuna hadapi. Memang Cik Ilmuna akui kekadang suara Cik Ilmuna ni x kedengaran langsung dan kekadang pulak bunyi dram. Kesabaran dan keprihatinan korang memang Cik Ilmuna ucapkan tima kasih.. cayokkk cayokkk.


















salam penuh kerinduan ,

Cinta

Suka kisah cinta tak? Boleh kata semua orang suka kisah cinta, macam cinta ala hindustan yang penuh dengan fantasi dan romantik yang buat kita ni rasa terawang-awang. Mmm sebut tentang kisah cinta ni, ada bermacam kisah cinta yang sering kita dengar. Cinta 3 segi, cinta buta, cinta suci dan macam-macam lah dimensi tafsiran cinta yang setiap orang tafsirkan.

Pada Cik lmuna pulak, cinta itu boleh diumpama bagai makan garam belacan, walau pedas tapi penuh rasa sedap. Tapi sebenarnya rasa dan kenikmatan dalam bercinta ni hanya dapat dirasai dan ditafsirkan oleh insan yang pernah bercinta sahaja. Dan cinta yang manis dan penuh romantik hanya dapat dirasai pada orang yang sedang dilamun cinta. Cinta itu menyakitkan sekali pada orang yang pernah mengalami pengkhianatan cinta. Waduhhhh sakit bangat..


Cik Ilmuna suka pada movie-movie cinta yg diselitkan sedikit fantasi. Bukannya apa kekadang fantasi tu buat Cik Ilmuna rasa benar. Dan ada kalanya fantasi juga buat Cik Ilmuna berfikir dengan lebih muda dan kreatif..(wa wah wah Cik Ilmuna ni merapu yeeek) 

ok ok sudahlah...menyampah dan merepek  pulak jadinya posting kali ni.

p/s: Cik Ilmuna ada hal nak beritahu....tunggu yerrr 



Salam 1CINTA dari:,

    Blog Apa Ni?

    blog ni adalah sebagai cara untuk aku meluahkan apa saja yang aku suka di sekeliling aku dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dan jika ada pastinya itu hanya kebetulan....sukasuki-sukahati-ilmuna, yeeeeeha

    Pukul Berapa?

    Iklan Ditaja Oleh

    Mom Bloggers Planet

    Where Moms Unite

    I join ni...

    BlogMalaysia.com

    Link

    Terkini!!!

    Jom beli kasut ...

    Nak cari buku la

    Followers