Hati dan Perasaan

Hati manusia memang sukar untuk diselami atau ditafsirkan dengan mudah. Ye, memang betul. Walau kita telah bertahun-tahun berkawan atau dah berkahwin dengan seseorang itu, sebenarnya kita masih tidak mengenali siapakah dia sebenarnya. Tentunya masih ada lagi identiti tersembunyi yang dia tidak tonjolkan pada kita. Sudah suatu yang semulajadi bahawa hati manusia kerap berubah-ubah sepertimana sekelilingnya. Adakala hati dan perasaan kita akan berubah mengikut emosi dan perkaitan perkara yang berlaku terhadap kita, betul tak??

Macam orang lain jugak, bab hati dan perasaan adalah suatu perkara yang sensitif. Adakalanya hati dan perasaan ni adalah penyebab kepada perilaku atau perangai kita yang berubah. Dari seorang yang mudah tersenyum akan berubah menjadi insan yang hambar senyumannya dan begitu juga sekiranya orang tu jenis yang peramah akan berubah menjadi pendiam.

Menyentuh tentang topik yang Cik Ilmuna tampilkan kali ini, ia adalah suatu topik yang penuh misteri. Kenapa Cik Ilmuna boleh katakan ianya 'Misteri'??? sebabnya adalah ia sukar untuk diketahui dengan begitu sahaja tanpa pemerhatian dan sensitiviti perasaan kita sendiri.  Hmmm macam orang tua-tua kata 'tak kenal maka tak cinta'. Betul tak! tak betul ke betul ke terpulang lah.

0 Responses

    Blog Apa Ni?

    blog ni adalah sebagai cara untuk aku meluahkan apa saja yang aku suka di sekeliling aku dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dan jika ada pastinya itu hanya kebetulan....sukasuki-sukahati-ilmuna, yeeeeeha

    Pukul Berapa?

    Iklan Ditaja Oleh

    Mom Bloggers Planet

    Where Moms Unite

    I join ni...

    BlogMalaysia.com

    Link

    Terkini!!!

    Jom beli kasut ...

    Nak cari buku la

    Followers