Ek Eh Jadi Student laaaa

Hari ni adalah hari pertama untuk seisi pendaftaran pelajar PLK, UUM. Cik Ilmuna baru balik dari mendaftar kat PACE UUM. Bayar yuran, daftar subjek, ambil buku dan malam ni adalah saat yang ditunggu. Malam pertama kelas bermula... hehehehe . Meskipun Cik Ilmuna sebenarnya agak sedikit curiga dengan kemampuan mata Cik Ilmuna untuk mata ini menempuh tempoh selama 4 jam didalam kelas kerana memandangkan tenaga yang agak kurang disaat ini. Entahlah mungkin disebabkan kandungan kini yang sudah mencecah usia 6 bulan, maka perasaan letih tu begitu terasa sekali.
Jadi, coretan hari ini Cik Ilmuna berjanji akan menggunakan bahasa dan perkataan yang indah-indah sahaja. Dan dalam bahasa Melayu yang lengkap dan sepenuhnya....(huhhh bersopan betul Cik Ilmuna ni yeeehaaa!!!) Macam biasa, setiap kali mendaftar dihati ini mesti terbit rasa keinsafan dan berjanji dengan sesungguh hati akan belajar dan siapkan tugasan dengan baik dan sempurna (macam tengah berikrar kat tengah padang je rasa ni) Tapi kesudahannya macam biasalah, tugasan dan telaah buku di saat akhir. Apapun Cik Ilmuna harap dapat habiskan study ni dan dapat menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti. Insyaallah. Mudah-mudahan berkat doa semua impian ini terlaksana juga. Cik Ilmuna sedar yang diri Cik Ilmuna ni bukanlah dari kategori manusia yang berotak geliga tetapi kemahuan dan semangat membara yang ada dalam diri Cik Ilmuna ini yang membuatkan segala  perkara yang sukar ini menjadi mudah. Bak orang tua-tua kata "ishhh keras hati betoi budak ni".

Jom g ekspo ngan Cik Ilmuna

Rindu Cik Ilmuna sebab kelmarin x sok sek sok sek pun kat blog ni. Ni Cik Ilmuna nak citer sikit pasal jualan di ekspo kovokesyen UUM. Ok, kelmarin masuk je time lunch maka Cik Ilmuna  ngan Lady-N g ler ke tapak ekspo tu. Maklumlah orang lain dah hari- hari g sana memantau harga tapi kami berdua ni baru je nak jejakkan kaki di hari terakhir ekspo.
Huh...walaupun cuaca terik dan panas yang membakar kulit yang gebu mcm baby ni (hehehe perasan)  kami berdua x putus asa untuk meninjau di setiap gerai yag ada kat dalam tu. Berjalanlah kami dari satu gerai ke satu gerai ke dua gerai dan kesemua gerai yang ada di situ. Akhirnya Cik Ilmuna dapat juga membeli handbag yg sangat menarik dan cantik meskipun x dek brand (brand cap ayam kot!!!) tapi Cik Ilmuna suka sangat.Mmmmmm peduli apa pada brand tu..kalau setakat nak pakai untuk kemegahan diri tapi sebenarnya barang palsu baik x yah.. Sorry ek... bagi Cik Ilmuna jenama letak ketepi atau baling atas bumbung je.
Mesti korang nak tau apa yg special barang yg dijual kat situ? Daripada apa yg Cik Ilmuna perhatikan ....majoriti peniaga menjual benda yang sama iaitu kasut cap buaya . Ekelehhh kasut Crocs tuuu lah. Macam macam jenis dan design dari pilihan untuk kanak-kanak, pompuan dan lelaki-lelaki buaya  lelaki pun boleh dicari kat sini. Dan untuk barang yg selalu Cik Ilmuna nampak org pompuan usung dari tapak ekspo ni adalah selimut toto dari kain cotton. Kedua-dua barang ni memang dijual dengan harga yg murah, mmmm bolehlah . Tapi sori naik lori la Cik Ilmuna  x dek la pulak nak menangkap gambar barang-barang yang dijual kat situ.Sebab dalam kepala otak Cik Ilmuna cuma nak menangkap orang  handbag cap ayam jerrr. Tak pe lain kali Cik Ilmuna akan muatkan gambar untuk tatapan rindu korang semua.

Nantikan posting Cik Ilmuna berkenaan "Kebahagiaan" pada hari dan waktu yang penuh rahsia.

    Blog Apa Ni?

    blog ni adalah sebagai cara untuk aku meluahkan apa saja yang aku suka di sekeliling aku dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dan jika ada pastinya itu hanya kebetulan....sukasuki-sukahati-ilmuna, yeeeeeha

    Pukul Berapa?

    Iklan Ditaja Oleh

    Mom Bloggers Planet

    Where Moms Unite

    I join ni...

    BlogMalaysia.com

    Link

    Terkini!!!

    Jom beli kasut ...

    Nak cari buku la

    Followers