Hati dan Perasaan

Hati manusia memang sukar untuk diselami atau ditafsirkan dengan mudah. Ye, memang betul. Walau kita telah bertahun-tahun berkawan atau dah berkahwin dengan seseorang itu, sebenarnya kita masih tidak mengenali siapakah dia sebenarnya. Tentunya masih ada lagi identiti tersembunyi yang dia tidak tonjolkan pada kita. Sudah suatu yang semulajadi bahawa hati manusia kerap berubah-ubah sepertimana sekelilingnya. Adakala hati dan perasaan kita akan berubah mengikut emosi dan perkaitan perkara yang berlaku terhadap kita, betul tak??

Macam orang lain jugak, bab hati dan perasaan adalah suatu perkara yang sensitif. Adakalanya hati dan perasaan ni adalah penyebab kepada perilaku atau perangai kita yang berubah. Dari seorang yang mudah tersenyum akan berubah menjadi insan yang hambar senyumannya dan begitu juga sekiranya orang tu jenis yang peramah akan berubah menjadi pendiam.

Menyentuh tentang topik yang Cik Ilmuna tampilkan kali ini, ia adalah suatu topik yang penuh misteri. Kenapa Cik Ilmuna boleh katakan ianya 'Misteri'??? sebabnya adalah ia sukar untuk diketahui dengan begitu sahaja tanpa pemerhatian dan sensitiviti perasaan kita sendiri.  Hmmm macam orang tua-tua kata 'tak kenal maka tak cinta'. Betul tak! tak betul ke betul ke terpulang lah.

Macam mana bila hati sedih?

Lamanya x update blog ni. Sedih..kan sorry Mr.blog sebab Cik Ilmuna buat kau sedih dengan catatan kosong berhari-hari. Hari ni dan dikesempatan ini Cik Ilmuna nak beritahu akan kesedihan yang Cik Ilmuna lalui...
Huh (macam betull je) . Tak apa..dengar jerr dulu. Ntah  lah mungkin disebabkan paras hormon didalam badan meningkat jadi apa-apa saja yang menyentuh hati dan perasaan Cik Ilmuna, betul betul membuatkan hati ni jadi sebak tak tentu pasal dan mata ni dengan cepat dipenuhi oleh air mata mutiara bercampur berlian. Pernah lah Cik Ilmuna tonton satu cerita (cerita Hindustan jerr pun) nak kata sedih, x la sedih sangat tapi menangisnya macam budak-budak. waaaaaaaa....sampai anak- anak pun naik hairan. Apasal pulak mami aku ni de.

Kalau ada orang tinggi kan suara atau marah sikit pun memang hati ni cepat betul tersentuh nak menangisss jerrr kerja dia. Ish ish ish ish nyampah betul. Sentimental betul (ko sakit mental)... hahahaaha. Tapi perasaan yang aku alami ni memang suatu kebiasaan yang akan dialami oleh wanita-wanita yang sedang hamil. Perasaan yang tidak keruan yang pastinya cuma sektika sahaja. Cukup tempoh 9 bulan ni.. ok leee dia.  Mudah-mudahan...

Kekadang pasal tugasan yang tak siap-siap lagi ni pun buatkan jiwa sentimental Cik Ilmuna semakin parah. Sebak jeeer rasa. Apa kebendanye perasaan ni ntah. Tapi buat kengkawan, family dan kucing-kucing dirumah serta cicak kat atas syiling yang suka mengintai dengan bunyia terk.terk.terk terk tu harapnya bersabar dengan perubahan emosi dan fizikal yang Cil Ilmuna hadapi. Memang Cik Ilmuna akui kekadang suara Cik Ilmuna ni x kedengaran langsung dan kekadang pulak bunyi dram. Kesabaran dan keprihatinan korang memang Cik Ilmuna ucapkan tima kasih.. cayokkk cayokkk.


















salam penuh kerinduan ,

Cinta

Suka kisah cinta tak? Boleh kata semua orang suka kisah cinta, macam cinta ala hindustan yang penuh dengan fantasi dan romantik yang buat kita ni rasa terawang-awang. Mmm sebut tentang kisah cinta ni, ada bermacam kisah cinta yang sering kita dengar. Cinta 3 segi, cinta buta, cinta suci dan macam-macam lah dimensi tafsiran cinta yang setiap orang tafsirkan.

Pada Cik lmuna pulak, cinta itu boleh diumpama bagai makan garam belacan, walau pedas tapi penuh rasa sedap. Tapi sebenarnya rasa dan kenikmatan dalam bercinta ni hanya dapat dirasai dan ditafsirkan oleh insan yang pernah bercinta sahaja. Dan cinta yang manis dan penuh romantik hanya dapat dirasai pada orang yang sedang dilamun cinta. Cinta itu menyakitkan sekali pada orang yang pernah mengalami pengkhianatan cinta. Waduhhhh sakit bangat..


Cik Ilmuna suka pada movie-movie cinta yg diselitkan sedikit fantasi. Bukannya apa kekadang fantasi tu buat Cik Ilmuna rasa benar. Dan ada kalanya fantasi juga buat Cik Ilmuna berfikir dengan lebih muda dan kreatif..(wa wah wah Cik Ilmuna ni merapu yeeek) 

ok ok sudahlah...menyampah dan merepek  pulak jadinya posting kali ni.

p/s: Cik Ilmuna ada hal nak beritahu....tunggu yerrr 



Salam 1CINTA dari:,

Kebahagiaan ___s1


Ketidaksempurnaan itu membangkitkan Kebahagiaan
Seperti yang telah dijanjikan, kali ni Cik Ilmuna nak sentuh topik berkenaan Kebahagiaan. Ok, apa tu KEBAHAGIAAN. Bila soalan tu ditanya mesti setiap jawapan yang diberi itu berbeza dari setiap individu yang lain. Yee laa hati lain-lain kan.. Macam Cik Ilmuna, apabila ditanya pada hati Cik Ilmuna sendiri tentang bahagia, hati ni pun ada bermacam alasan dan merepek yang diberi. Pada Cik Ilmuna bahagia itu adalah apabila:-
  • dapat duit
  • dapat beli seuatu yang di sukai
  • dapat  melancong  ketempat yang selalu dimpikan
  • dapat sambung belajar
  • dapat siapkan asigment
  • dapat lesen kereta
  • dapat tengok rancangan kegemaran
  • dapat itu, dapat ini, begitu dan begini
  • dapat anak
  • dapat suami
  • dapat segala-galanya
Namun hakikatnya, apa yang diperolehi itu adalah bersifat sementara dan kebahagiaan yang dialami itu pun juga hanyalah sekejap sahaja. Kekadang Cik Ilmuna dapat apa yang Cik Ilmuna inginkan tetapi KENAPA SEKEJAP jerrr ye.  Rasa bahagia tu tidak terlalu dirasai kat hati ni. Tak juga dirasai kat jiwa ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa?. 

Mungkin sebabnya adalah diri ini adalah insan kerdil sahaja. Tidak sempurna dan biasa sahaja .. walaubagaimanapun rasa tidak sempurnalah yang banyak membangkitkan kebahagiaan . Rasa bahagia yang sementara sahaja namun kerap dirasai. Setiap apa yang Cik Ilmuna lakukan, adakalanya Cik Ilmuna rasa suka, menyampah, meluat, benci, tenang, bahagia malah terlalu suka dan bagi Cik Ilmuna itulah bahagia namanya. Dimana, kehidupan sehari-hari ini diisi oleh pelbagai rasa rencah hidup berdasarkan apa yang kita lalui dan alami. Jika diri ini dinilai sempurna , itu adalah karut. Betul tak

p/s: nantikan posting terbaru Cik Ilmuna berkenaan xxxxxxxxxxx shuhhh (RAHSIA)

Ek Eh Jadi Student laaaa

Hari ni adalah hari pertama untuk seisi pendaftaran pelajar PLK, UUM. Cik Ilmuna baru balik dari mendaftar kat PACE UUM. Bayar yuran, daftar subjek, ambil buku dan malam ni adalah saat yang ditunggu. Malam pertama kelas bermula... hehehehe . Meskipun Cik Ilmuna sebenarnya agak sedikit curiga dengan kemampuan mata Cik Ilmuna untuk mata ini menempuh tempoh selama 4 jam didalam kelas kerana memandangkan tenaga yang agak kurang disaat ini. Entahlah mungkin disebabkan kandungan kini yang sudah mencecah usia 6 bulan, maka perasaan letih tu begitu terasa sekali.
Jadi, coretan hari ini Cik Ilmuna berjanji akan menggunakan bahasa dan perkataan yang indah-indah sahaja. Dan dalam bahasa Melayu yang lengkap dan sepenuhnya....(huhhh bersopan betul Cik Ilmuna ni yeeehaaa!!!) Macam biasa, setiap kali mendaftar dihati ini mesti terbit rasa keinsafan dan berjanji dengan sesungguh hati akan belajar dan siapkan tugasan dengan baik dan sempurna (macam tengah berikrar kat tengah padang je rasa ni) Tapi kesudahannya macam biasalah, tugasan dan telaah buku di saat akhir. Apapun Cik Ilmuna harap dapat habiskan study ni dan dapat menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti. Insyaallah. Mudah-mudahan berkat doa semua impian ini terlaksana juga. Cik Ilmuna sedar yang diri Cik Ilmuna ni bukanlah dari kategori manusia yang berotak geliga tetapi kemahuan dan semangat membara yang ada dalam diri Cik Ilmuna ini yang membuatkan segala  perkara yang sukar ini menjadi mudah. Bak orang tua-tua kata "ishhh keras hati betoi budak ni".

Jom g ekspo ngan Cik Ilmuna

Rindu Cik Ilmuna sebab kelmarin x sok sek sok sek pun kat blog ni. Ni Cik Ilmuna nak citer sikit pasal jualan di ekspo kovokesyen UUM. Ok, kelmarin masuk je time lunch maka Cik Ilmuna  ngan Lady-N g ler ke tapak ekspo tu. Maklumlah orang lain dah hari- hari g sana memantau harga tapi kami berdua ni baru je nak jejakkan kaki di hari terakhir ekspo.
Huh...walaupun cuaca terik dan panas yang membakar kulit yang gebu mcm baby ni (hehehe perasan)  kami berdua x putus asa untuk meninjau di setiap gerai yag ada kat dalam tu. Berjalanlah kami dari satu gerai ke satu gerai ke dua gerai dan kesemua gerai yang ada di situ. Akhirnya Cik Ilmuna dapat juga membeli handbag yg sangat menarik dan cantik meskipun x dek brand (brand cap ayam kot!!!) tapi Cik Ilmuna suka sangat.Mmmmmm peduli apa pada brand tu..kalau setakat nak pakai untuk kemegahan diri tapi sebenarnya barang palsu baik x yah.. Sorry ek... bagi Cik Ilmuna jenama letak ketepi atau baling atas bumbung je.
Mesti korang nak tau apa yg special barang yg dijual kat situ? Daripada apa yg Cik Ilmuna perhatikan ....majoriti peniaga menjual benda yang sama iaitu kasut cap buaya . Ekelehhh kasut Crocs tuuu lah. Macam macam jenis dan design dari pilihan untuk kanak-kanak, pompuan dan lelaki-lelaki buaya  lelaki pun boleh dicari kat sini. Dan untuk barang yg selalu Cik Ilmuna nampak org pompuan usung dari tapak ekspo ni adalah selimut toto dari kain cotton. Kedua-dua barang ni memang dijual dengan harga yg murah, mmmm bolehlah . Tapi sori naik lori la Cik Ilmuna  x dek la pulak nak menangkap gambar barang-barang yang dijual kat situ.Sebab dalam kepala otak Cik Ilmuna cuma nak menangkap orang  handbag cap ayam jerrr. Tak pe lain kali Cik Ilmuna akan muatkan gambar untuk tatapan rindu korang semua.

Nantikan posting Cik Ilmuna berkenaan "Kebahagiaan" pada hari dan waktu yang penuh rahsia.

Ekspo Konvokesyen UUM....jom g heboh-heboh

Besok adalah hari terakhir ekspo konkesyen UUM. Kita x g lagi ekspo tu... selalunya kalau mai eje time-time camni mesti tegedik-gedik nak g tapak ekspo. Tapi tahun ni rasa lembab jeerrr. Sebenarnya bukan nak beli apa punnn ... saje je nak g memantau bebarang yg dok jual kat dalam tu (heheheeh mcm penguatkuasa lak nak memantau-mantau harga) 
Cik Ilmuna teringin nak ngok ngekngok ngek g tengok barang perhiasan dlm umah. Kekonon nak mengias rumah lah konon...mmmm konon. Ekkk eleh apa salahnya nak hias rumah? rumah kita suka suki hati kita ler...oh ya, anak Cik Ilmuna yang sulung and the gang ada buat persembahan waktu perasmian pembukaan ekspo konvo UUM ritu. Cik Ilmuna x g tengok pun sebab ada kat opis. Tapi x perr abah dia dah g tunggu tengok dari mula sampai abis dok merakan gambar dia sorang dok main melodian. Ok lahhhh ... sekurangnya bapaknya dah mewakilkan maminya kan..
Hari ni pulak dlm FB member Cik Ilmuna dok debat pasal topik hangat tentang "Kebahagian" . Huh.. memang panas..memasing dok sibuk dengan hujah masing masing. Apa itu Kebahagian ?  ok.. untuk topik akan datang Cik Ilmuna nak mengarut sikit pasal isu Kebahagiaan.
Tungguuuuuu....

Muka depan...wahhhhh


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Ahaaa.. gambar yg kat ats ni dah lama dah. Adalah 3 tahun yg lepas. Sebab waktu tu Yang baru 6 bulan... kecikkk je. Sekarang dah besar dah. Mmmmmm cepat betul masa berlalu.

Hari yang membosankan


Hari ni rasanya adalah hari yang membosankan sangat. Sebab apa? Entahlah aku sendiri pun x tahu lah. Mungkin disebabkan perut yang dah membonjol dan selalu rasa penat kot maka aku rasa sangatlahhh bosannya.
Kalaulah ada suis masa kat dinding belakang aku ni mau aje aku tekan ke butang yang tertulis Pulau Fantasi. Aku nak g pulau tu dan berehat minda dan fizikal sepuas-puasnya. Hehehehehe merapu lah pulakkan.. xpa xpa dik non kita merapu hilangkan kebosanan diri. Kalau nak tau kandungan aku dah berusia 23 minggu lebih dan lebih kurang nak masuk 6 bulan. Mmmmm cepat betul masa berlalu kan. Dari anak sorang kini dah ngandung anak ke5 pulak. Lagi 4 bulan je lagi baby akan keluar.
Bila laaaa nak shoping barang baby ni.. x sabar betul mami tau.
Oh ya ... ada perkembangan terbaru pasal anak-anakku ni. Aku dah start hantar diorang g kelas ngaji kat depan sekolah. 3 malam seminggu dengan bayaran RM20 sorang. Ok lah tu kan. Mana nak cari orang ngajar ngaji lagi dah. Inilah tempat paling dekat ngan umah. Memula tu Yang, anak aku yg ke4 tu join sekali g ngaji tapi masuk malam selepasnya tu dia dah x nak g. Macam macam alasan dia bagi. Demam lah, x larat lah hishhh x padan ngan kecik, mcm mcm alasan pulak. Tapi x per lah dia pun baru 4 tahun.
Semoga anak-anakku akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Suka baju berjenama?

Mmmm.... korang suke x baju yang berjenama? Ye lah kebanyakkan kita memang sukakan baju yang berjenama.. kan. Aku pun suke gak. Kalau boleh nak beli banyak banyak pastu pakai sekali dan simpan je..hehehehe (perangai buruk betul). Tapi yang sebenarnya aku x kisah apa jenama sekalipun asalkan aku suka dan ada duit nak beli itu dah kira cukup. Lagipun aku ni x kisah pun pasal fesyen ke ape ke.
Kalau nak kira berapa kali aku beli baju.. mesti korang x caya punya. Aku x kebanyakkan pompuan lain yang suka menghabiskan duit ngan beli itu ini. Aku ni boleh kata nak beli baju dalam 3 tahun sekali je. Hehe hohohoh . mesti terbeliak bijik mata x caya cakap aku ni kan.
Korang lak camna? sama x ngan aku? mungkin x sama. Pasal aku ni dah berstatus mami dan dah bersusun cam tangga anak-anak aku. Pasal tu lah nak beli baju pun pikiaq banyak kali wa cakap lu. He hehe hehe hehe ... dah ada anak lima pun. Yang ke lima baru nak muncul x lambat lagi.

citerla kat aku pasal korang lak..


    Blog Apa Ni?

    blog ni adalah sebagai cara untuk aku meluahkan apa saja yang aku suka di sekeliling aku dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dan jika ada pastinya itu hanya kebetulan....sukasuki-sukahati-ilmuna, yeeeeeha

    Pukul Berapa?

    Iklan Ditaja Oleh

    Mom Bloggers Planet

    Where Moms Unite

    I join ni...

    BlogMalaysia.com

    Link