Cinta

Suka kisah cinta tak? Boleh kata semua orang suka kisah cinta, macam cinta ala hindustan yang penuh dengan fantasi dan romantik yang buat kita ni rasa terawang-awang. Mmm sebut tentang kisah cinta ni, ada bermacam kisah cinta yang sering kita dengar. Cinta 3 segi, cinta buta, cinta suci dan macam-macam lah dimensi tafsiran cinta yang setiap orang tafsirkan.

Pada Cik lmuna pulak, cinta itu boleh diumpama bagai makan garam belacan, walau pedas tapi penuh rasa sedap. Tapi sebenarnya rasa dan kenikmatan dalam bercinta ni hanya dapat dirasai dan ditafsirkan oleh insan yang pernah bercinta sahaja. Dan cinta yang manis dan penuh romantik hanya dapat dirasai pada orang yang sedang dilamun cinta. Cinta itu menyakitkan sekali pada orang yang pernah mengalami pengkhianatan cinta. Waduhhhh sakit bangat..


Cik Ilmuna suka pada movie-movie cinta yg diselitkan sedikit fantasi. Bukannya apa kekadang fantasi tu buat Cik Ilmuna rasa benar. Dan ada kalanya fantasi juga buat Cik Ilmuna berfikir dengan lebih muda dan kreatif..(wa wah wah Cik Ilmuna ni merapu yeeek) 

ok ok sudahlah...menyampah dan merepek  pulak jadinya posting kali ni.

p/s: Cik Ilmuna ada hal nak beritahu....tunggu yerrr 



Salam 1CINTA dari:,

Kebahagiaan ___s1


Ketidaksempurnaan itu membangkitkan Kebahagiaan
Seperti yang telah dijanjikan, kali ni Cik Ilmuna nak sentuh topik berkenaan Kebahagiaan. Ok, apa tu KEBAHAGIAAN. Bila soalan tu ditanya mesti setiap jawapan yang diberi itu berbeza dari setiap individu yang lain. Yee laa hati lain-lain kan.. Macam Cik Ilmuna, apabila ditanya pada hati Cik Ilmuna sendiri tentang bahagia, hati ni pun ada bermacam alasan dan merepek yang diberi. Pada Cik Ilmuna bahagia itu adalah apabila:-
  • dapat duit
  • dapat beli seuatu yang di sukai
  • dapat  melancong  ketempat yang selalu dimpikan
  • dapat sambung belajar
  • dapat siapkan asigment
  • dapat lesen kereta
  • dapat tengok rancangan kegemaran
  • dapat itu, dapat ini, begitu dan begini
  • dapat anak
  • dapat suami
  • dapat segala-galanya
Namun hakikatnya, apa yang diperolehi itu adalah bersifat sementara dan kebahagiaan yang dialami itu pun juga hanyalah sekejap sahaja. Kekadang Cik Ilmuna dapat apa yang Cik Ilmuna inginkan tetapi KENAPA SEKEJAP jerrr ye.  Rasa bahagia tu tidak terlalu dirasai kat hati ni. Tak juga dirasai kat jiwa ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa?. 

Mungkin sebabnya adalah diri ini adalah insan kerdil sahaja. Tidak sempurna dan biasa sahaja .. walaubagaimanapun rasa tidak sempurnalah yang banyak membangkitkan kebahagiaan . Rasa bahagia yang sementara sahaja namun kerap dirasai. Setiap apa yang Cik Ilmuna lakukan, adakalanya Cik Ilmuna rasa suka, menyampah, meluat, benci, tenang, bahagia malah terlalu suka dan bagi Cik Ilmuna itulah bahagia namanya. Dimana, kehidupan sehari-hari ini diisi oleh pelbagai rasa rencah hidup berdasarkan apa yang kita lalui dan alami. Jika diri ini dinilai sempurna , itu adalah karut. Betul tak

p/s: nantikan posting terbaru Cik Ilmuna berkenaan xxxxxxxxxxx shuhhh (RAHSIA)

    Blog Apa Ni?

    blog ni adalah sebagai cara untuk aku meluahkan apa saja yang aku suka di sekeliling aku dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dan jika ada pastinya itu hanya kebetulan....sukasuki-sukahati-ilmuna, yeeeeeha

    Pukul Berapa?

    Iklan Ditaja Oleh

    Mom Bloggers Planet

    Where Moms Unite

    I join ni...

    BlogMalaysia.com

    Link

    Terkini!!!

    Jom beli kasut ...

    Nak cari buku la

    Followers