Ek Eh Jadi Student laaaa

Hari ni adalah hari pertama untuk seisi pendaftaran pelajar PLK, UUM. Cik Ilmuna baru balik dari mendaftar kat PACE UUM. Bayar yuran, daftar subjek, ambil buku dan malam ni adalah saat yang ditunggu. Malam pertama kelas bermula... hehehehe . Meskipun Cik Ilmuna sebenarnya agak sedikit curiga dengan kemampuan mata Cik Ilmuna untuk mata ini menempuh tempoh selama 4 jam didalam kelas kerana memandangkan tenaga yang agak kurang disaat ini. Entahlah mungkin disebabkan kandungan kini yang sudah mencecah usia 6 bulan, maka perasaan letih tu begitu terasa sekali.
Jadi, coretan hari ini Cik Ilmuna berjanji akan menggunakan bahasa dan perkataan yang indah-indah sahaja. Dan dalam bahasa Melayu yang lengkap dan sepenuhnya....(huhhh bersopan betul Cik Ilmuna ni yeeehaaa!!!) Macam biasa, setiap kali mendaftar dihati ini mesti terbit rasa keinsafan dan berjanji dengan sesungguh hati akan belajar dan siapkan tugasan dengan baik dan sempurna (macam tengah berikrar kat tengah padang je rasa ni) Tapi kesudahannya macam biasalah, tugasan dan telaah buku di saat akhir. Apapun Cik Ilmuna harap dapat habiskan study ni dan dapat menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti. Insyaallah. Mudah-mudahan berkat doa semua impian ini terlaksana juga. Cik Ilmuna sedar yang diri Cik Ilmuna ni bukanlah dari kategori manusia yang berotak geliga tetapi kemahuan dan semangat membara yang ada dalam diri Cik Ilmuna ini yang membuatkan segala  perkara yang sukar ini menjadi mudah. Bak orang tua-tua kata "ishhh keras hati betoi budak ni".

0 Responses

    Blog Apa Ni?

    blog ni adalah sebagai cara untuk aku meluahkan apa saja yang aku suka di sekeliling aku dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dan jika ada pastinya itu hanya kebetulan....sukasuki-sukahati-ilmuna, yeeeeeha

    Pukul Berapa?

    Iklan Ditaja Oleh

    Mom Bloggers Planet

    Where Moms Unite

    I join ni...

    BlogMalaysia.com

    Link

    Terkini!!!

    Jom beli kasut ...

    Nak cari buku la

    Followers