|
Ketidaksempurnaan itu membangkitkan Kebahagiaan
Seperti yang telah dijanjikan, kali ni Cik Ilmuna nak sentuh topik berkenaan Kebahagiaan. Ok, apa tu KEBAHAGIAAN. Bila soalan tu ditanya mesti setiap jawapan yang diberi itu berbeza dari setiap individu yang lain. Yee laa hati lain-lain kan.. Macam Cik Ilmuna, apabila ditanya pada hati Cik Ilmuna sendiri tentang bahagia, hati ni pun ada bermacam alasan dan merepek yang diberi. Pada Cik Ilmuna bahagia itu adalah apabila:-
- dapat duit
- dapat beli seuatu yang di sukai
- dapat melancong ketempat yang selalu dimpikan
- dapat sambung belajar
- dapat siapkan asigment
- dapat lesen kereta
- dapat tengok rancangan kegemaran
- dapat itu, dapat ini, begitu dan begini
- dapat anak
- dapat suami
- dapat segala-galanya
Namun hakikatnya, apa yang diperolehi itu adalah bersifat sementara dan kebahagiaan yang dialami itu pun juga hanyalah sekejap sahaja. Kekadang Cik Ilmuna dapat apa yang Cik Ilmuna inginkan tetapi KENAPA SEKEJAP jerrr ye. Rasa bahagia tu tidak terlalu dirasai kat hati ni. Tak juga dirasai kat jiwa ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa?.
Mungkin sebabnya adalah diri ini adalah insan kerdil sahaja. Tidak sempurna dan biasa sahaja .. walaubagaimanapun rasa tidak sempurnalah yang banyak membangkitkan kebahagiaan . Rasa bahagia yang sementara sahaja namun kerap dirasai. Setiap apa yang Cik Ilmuna lakukan, adakalanya Cik Ilmuna rasa suka, menyampah, meluat, benci, tenang, bahagia malah terlalu suka dan bagi Cik Ilmuna itulah bahagia namanya. Dimana, kehidupan sehari-hari ini diisi oleh pelbagai rasa rencah hidup berdasarkan apa yang kita lalui dan alami. Jika diri ini dinilai sempurna , itu adalah karut. Betul tak
p/s: nantikan posting terbaru Cik Ilmuna berkenaan xxxxxxxxxxx shuhhh (RAHSIA)


